Sunday, January 15, 2012

Samak Rumah

Awal Januari lepas baru mendapat kunci rumah... Sebelum ini semasa melawat rumah yang belum dapat kunci belungguk tapak kaki anjing dalam rumah... Jadi sahlah kena samak rumah ni huhu...

Berikut merupakan kaedah samak rumah yang dibuat, diharapkan jika ada sebarang kesalahan tolong maklumkan.. Untuk lebih jelas, gambar samak rumah langkah demi langkah diletakkan agar lebih terperinci..



Setelah dibasuh dengan air bersih, lantai rumah disiram dengan air tanah yang diambil di tepi rumah. 1 baldi air tanah disiram di keseluruhan lantai. selepas itu, air tanah tadi diratakan dengan penyapu... setelah itu air tanah tadi disapu keluar ke bilik air.





Setelah itu, bilasan yang pertama dilakukan.. kaedah yang sama iaitu lantai disiram dengan 1 baldi air bersih kemudian air tadi disapu keluar. masih terdapat air tanah selepas selesai bilasan yang pertama..




Bilasan yang kedua dilakukan, kaedah yang sama digunakan seperti bilasan yang pertama.. kesan air tanah sudah kurang kelihatan..






Bilasan yang ketiga masih menggunakan kaedah yang sama, cuma hasil yang berbeza... walaupun masih terdapat air tanah, tetapi sudah sangat berkurangan...







Bilasan yang keempat, air tanah sudah dibersihkan dan sukar untuk mencari air tanah apabila masuk ke bilasan ke-empat ini..








Setelah bilasan ke-lima, air tanah sudah tidak kelihatan...








Bilasan ke-enam telah selesai... lantai nampak sudah bersih..






Membuang air menggunakan getah, semua air telah dikeringkan menggunakan pembuang air ini...

Alhamdulillah selesai sudah.. jika ada kesalahan diharapkan yang lebih mengetahui dapat membetulkan...

1 comment:

  1. Dokumentasi yg baik. Patut la ambil masa yg lama. Kerja yg teliti. Good job, ayah!

    ReplyDelete