Monday, May 2, 2011

Barang-barang Raihah




Assalamualaikum...

selamat kembali aku ucapkan kepada diri aku sendiri sebab berjaya juga mengupdate blog ini hehehe... cuma kali ini aku nk tunjukkan serba sedikit barang-barang Raihah Madeeha bt Mohd Rokani untuk tatapan umum..

Bola kuning gambar ultraman ini aku beli di pasar pagi di Pekan Sungai Siput.. Sebab anak aku suka sangat dengan bola jadi aku pun beli la...

Bola South Africa World Cup 2010 pula aku beli di Stesen Petronas Sungai Siput, isi minyak sebab hendak beli bola untuk Raihah je... Esok paginya, Raihah ketawa mengekek main bola tu hehehe..

Kasut ini pulak aku beli di Prima Kids di TF Valuemart Sungai Siput, kedai ini baru buka jadi masuk la tengok barang-barang yang dia jual.. kasut made in China ini juga terbeli sebab apek yang jual kasut di pasar pagi sudah lama tak buka kedai.. Apek tu jual dalam RM15 kut, tp kedai ini jual RM26 huhu jauhnya beza...

Yang terakhir bagi siri kali ini, basikal Raihah yang dibeli di Kuala Kangsar dengan harga RM32 selepas menawar dengan tauke kedai hehehe gembira betul Raihah dapat basikal ni, pusing satu rumah dengan senyuman hehehe

k la jumpa di lain masa

No comments:

Post a Comment