Saturday, January 25, 2020

2020

Assalamualaikum...

selamat datang ke tahun 2020, waktu sekolah rendah dahulu tahun 80an selalu berimaginasi bagaimanakah suasana ketika tahun 2020 ini.
ketika itu guru-guru minta untuk kami bayangkan suasana tersebut dengan lukisan bangunan pencakar langit dan di antara bangunan tersebut melintasnya kereta-kereta terbang..

dan sekarang sudah pun tahun 2020, agak-agaknya tahun bila akan tercapai impian yang belum menjadi kenyataan tersebut..

semoga tulisan ini bukan yang pertama dan terakhir pada tahun 2020, untuk tahun ini sedaya upaya berusaha untuk membantu anak menulis blognya sendiri kerana blognya yang terdahulu telah "di remove " tanpa diketahui sebabnya mungkin kerana di bawah umur atau semasa meng"update" blog tersalah tekan.. tidak dapat dipastikan.

blog yang dibangunkan ini menggunakan ID ayahnya dengan alamat :

thinksabook.blogspot.com

selamat melayari web ini...

Tuesday, December 4, 2018

Tumpahnya Nasi

Ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi hehe

Harap dia dapatkan teruskan niat ayahnya yang tidak kesampaian

Mohon follow blog givemethisbook.blogspot.com

Terima kasih semua

Wednesday, December 7, 2016

Cuti Di Pontian Disember 2016

Assalamualaikum...
Setelah lama tak dikemaskini hehe

Cuti di Pontian kali ini aktiviti yang padat & tak sempat bak berjalan-jalan JB macam selalu kerana anak lellelaki pertama menyambut HARI BESAR..

Anak perempuan pertama pula disibukkan dengan latihan tenis sebagai persediaan untuk tahun depan  masuk pertandingan mini tenis.. semoga berjaya hendaknya..

Sunday, February 8, 2015

Bertahun sudah...

Assalamualaikum..

Wah!!! sedar tak sedar sudah 3 tahun blog ini tak diupdate.
Nasib baik tak ada follower, kalau ada pasti semua dah lari hahaha

sebab tak tahu nak tulis apa, jadi hari ini upload gambar pergi pintu depan Legoland JB je la,
pergi dah lama iaitu pada 23 Ogos 2012...
Masih belum dirasmikan lagi rasanya..




Sunday, December 2, 2012

Baja Organik

Assalamualaikum...

Bersua kembali setelah lama menyepi...
Semoga catatan selepas ini akan terus berseri setiap hari... Amin...

Hari ini 2 Disember 2012 saya sekeluarga telah berpeluang mengikuti satu bengkel 'natural farming' bertempat di Qashidah Natural Farm di Parit Buntar, Perak.. Layanan yang diberikan sangat istimewa... Terima kasih semua yang terlibat..

Kami telah dipertontonkan dengan kaedah membuat baja semulajadi, ia berbeza sedikit daripada baja organik kerana baja ini dibuat sendiri tanpa melibatkan kos yang tinggi..

Jenis pertama : menggunakan sayuran segar dicampur dengan gula merah dengan kuantiti 1:1, kemudian dicampurkan dengan minuman kultur Yakult bagi mendapatkan mikroorgnisma.. Yakult dipilih kerana tidak mempunyai pewarna dan perisa... Ditutup dengan kain atau kertas dan dibiarkan selama 1 bulan bagi membolehkan mikroorganisma bertindak balas dengan bahan- bahan tadi... Setelah itu, sebatian ini ditapis dan diambil cecairnya... ( menggalakkan saiz)

Jenis kedua : kaedah yang sama cuma ditukarkan sayur dengan buah-buahan tropika... Proses yang sama dan masa yang sama... ( menggalakkan bunga buah)

Jenis Ketiga : menggunakan ikan dan dicadangkan ikan kembung... Proses yang sama cuma masa diperap untuk penapaian ialah 2 bulan... ( menggalakkan pertumbuhan)

Setelah cecair tadi ditapis, campurkan satu sudu pekat dengan 5 gelen air dan siap untuk digunakan.. Kaedah yang digunakan adalah dengan menyembur cecair baja tadi pada bawah daun sekali seminggu bagi mendapatkan hasil yang maksimum..

Cecair baja ini boleh disimpan sehingga 4 tahun dan pastikan kawasan penyimpanan adalah redup tanpa cahaya matahari..

Terima kasih Encik Nizam dan Encik Nazrul kerana ilmu yang telah dicurahkan...

Selamat mencuba.. Insyaallah gambar akan menyusul kemudian...


Monday, April 30, 2012

Pocket Check List of Timber Trees

Assalamualaikum...



Baharu sahaja sampai ke rumah setelah ke Pesta Buku 2012... mencari dan mencari akhirnya terjumpa jua buku yang mengingatkan aku mengenai matapelajaran Dendrologi yang diajar oleh En. Berhaman.. akan cuba mengingat kembali pelajaran yang lepas dan mungkin selepas ini akan muat naik gambar-gambar berkenaan buku ini.. diharapkan FRIM tidak akan menyaman aku kerana berkongsi ilmu hehehe

Sunday, January 15, 2012

Samak Rumah

Awal Januari lepas baru mendapat kunci rumah... Sebelum ini semasa melawat rumah yang belum dapat kunci belungguk tapak kaki anjing dalam rumah... Jadi sahlah kena samak rumah ni huhu...

Berikut merupakan kaedah samak rumah yang dibuat, diharapkan jika ada sebarang kesalahan tolong maklumkan.. Untuk lebih jelas, gambar samak rumah langkah demi langkah diletakkan agar lebih terperinci..



Setelah dibasuh dengan air bersih, lantai rumah disiram dengan air tanah yang diambil di tepi rumah. 1 baldi air tanah disiram di keseluruhan lantai. selepas itu, air tanah tadi diratakan dengan penyapu... setelah itu air tanah tadi disapu keluar ke bilik air.





Setelah itu, bilasan yang pertama dilakukan.. kaedah yang sama iaitu lantai disiram dengan 1 baldi air bersih kemudian air tadi disapu keluar. masih terdapat air tanah selepas selesai bilasan yang pertama..




Bilasan yang kedua dilakukan, kaedah yang sama digunakan seperti bilasan yang pertama.. kesan air tanah sudah kurang kelihatan..






Bilasan yang ketiga masih menggunakan kaedah yang sama, cuma hasil yang berbeza... walaupun masih terdapat air tanah, tetapi sudah sangat berkurangan...







Bilasan yang keempat, air tanah sudah dibersihkan dan sukar untuk mencari air tanah apabila masuk ke bilasan ke-empat ini..








Setelah bilasan ke-lima, air tanah sudah tidak kelihatan...








Bilasan ke-enam telah selesai... lantai nampak sudah bersih..






Membuang air menggunakan getah, semua air telah dikeringkan menggunakan pembuang air ini...

Alhamdulillah selesai sudah.. jika ada kesalahan diharapkan yang lebih mengetahui dapat membetulkan...