Sunday, December 2, 2012

Baja Organik

Assalamualaikum...

Bersua kembali setelah lama menyepi...
Semoga catatan selepas ini akan terus berseri setiap hari... Amin...

Hari ini 2 Disember 2012 saya sekeluarga telah berpeluang mengikuti satu bengkel 'natural farming' bertempat di Qashidah Natural Farm di Parit Buntar, Perak.. Layanan yang diberikan sangat istimewa... Terima kasih semua yang terlibat..

Kami telah dipertontonkan dengan kaedah membuat baja semulajadi, ia berbeza sedikit daripada baja organik kerana baja ini dibuat sendiri tanpa melibatkan kos yang tinggi..

Jenis pertama : menggunakan sayuran segar dicampur dengan gula merah dengan kuantiti 1:1, kemudian dicampurkan dengan minuman kultur Yakult bagi mendapatkan mikroorgnisma.. Yakult dipilih kerana tidak mempunyai pewarna dan perisa... Ditutup dengan kain atau kertas dan dibiarkan selama 1 bulan bagi membolehkan mikroorganisma bertindak balas dengan bahan- bahan tadi... Setelah itu, sebatian ini ditapis dan diambil cecairnya... ( menggalakkan saiz)

Jenis kedua : kaedah yang sama cuma ditukarkan sayur dengan buah-buahan tropika... Proses yang sama dan masa yang sama... ( menggalakkan bunga buah)

Jenis Ketiga : menggunakan ikan dan dicadangkan ikan kembung... Proses yang sama cuma masa diperap untuk penapaian ialah 2 bulan... ( menggalakkan pertumbuhan)

Setelah cecair tadi ditapis, campurkan satu sudu pekat dengan 5 gelen air dan siap untuk digunakan.. Kaedah yang digunakan adalah dengan menyembur cecair baja tadi pada bawah daun sekali seminggu bagi mendapatkan hasil yang maksimum..

Cecair baja ini boleh disimpan sehingga 4 tahun dan pastikan kawasan penyimpanan adalah redup tanpa cahaya matahari..

Terima kasih Encik Nizam dan Encik Nazrul kerana ilmu yang telah dicurahkan...

Selamat mencuba.. Insyaallah gambar akan menyusul kemudian...