Friday, December 31, 2010

Raihah terJATUH

Assalamualaikum wbt...

kali ini aku ingin berkongsi cerita sedih yang telah terjadi kepada Raihah Madeeha, kejadian yang berlaku ini mungkin sebagai peringatan dan mungkin juga dugaan serta qada dan qadar Allah kepada aku sekeluarga untuk diambil pengajaran dan belajar dan terus belajar.. harap2 kemalangan ini tidak terjadi lagi pada masa-masa mendatang aminnn....

di bawah merupakan beberapa keping gambar yang aku ambil selepas kejadian tersebut...


































Raihah telah dijahit bibir atasnya kerana terjatuh dari tangga semasa kami melawat suami sepupu aku meninggal dunia di Manjoi... Alhamdulillah semasa
kejadian tersebut langkah-langkah awal telah di ambil dengan pantas bagi mengelakkan kecederaan bertambah teruk... kami juga telah dibantu oleh anak allahyarham untuk dibawa ke Hospital Ipoh... setelah dijahit bibirnya, Raihah makan dan minum macam biasa... aku juga yang takut huhu.. terima kasih kepada sesiapa yang telah membantu, semoga Allah membalas segala kebaikan kalian...



Monday, December 13, 2010

Pos Kemar (samb...)

anak sungai terakhir yang dilalui sebelum tiba di RPS Pos Kemar.. nasib baik anak sungai ja, kalau sungai lagi tak tau la lepas ka dak... sementara itu, ambil la peluang ni membersihkan apa yang patut...


Berjaya sampai di kampung sudah senja,ingatkan sudah dekat tapi masih jauh huhu.. akhirnya tiba di SK RPS Pos Kemar sudah malam... jadi gambar semasa tiba di sana tak dapat diambil.. harap maaf...
PDF 9381 yang telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik membawa tuannya ke Pos Kemar dengan selamat... terima kasih EX5 ku..

Sempat bergambar dengan Bengkel Motor Joney, Kg Jarau Baru, RPS Kemar.. ok juga la agak bengkel motor, kalau terdesak boleh la baiki di sini tapi harga tak tau la pulak.. kalau murah ok, kalau tak murah terima je la heheh

Bergambar dengan pintu masuk ke SK RPS Kemar sebagai tanda kenangan dan juga bukti aku dah pernah sampai ke Pos Kemar...