Tuesday, November 23, 2010

Ke Pos Kemar

Tahun lepas aku ada ikut satu ekspidisi ke Pos Kemar dari Sungai Siput (U) ikut jalan darat. Pos Kemar boleh juga pergi ikut jalan air... oleh kerana nak juga merasa jalan darat, jadi aku pun ikut la ekspidisi ini.. boleh tahan la juga jalan dia...

Permulaan ekspidisi ini bermula dari SK Pos Poi, lepas isi minyak yang disumbangkan oleh SK Pos Poi perjalanan diteruskan ke SK Pos Piah..

Gambar ini diambil di SK Pos Piah sementara menunggu cikgu2 SK Pos Piah bersiap..











Sungai pertama yang perlu dilepasi, tak pernah sebelum ini merasa seberang sungai naik moto, jadi sekarang merasa la... aku dah di seberang, hidup enjin pulas pelan2 dan kawan2 tulung tolak dari belakang.. nasib baik tak mati enjin kalau tidak abis la moto aku..


Lepas seberang sungai, lalu pulak jalan berbukit.. sapa moto pick-up power boleh la duduk atas moto pulas minyak, sapa moto-moto pekan pick-up tak ada tuntun la moto tu sampai puncak hahaha nasib baik moto aku power!!! hehe

Gambar ini lepas naik bukit, tengah tunggu kawan2 yang menolak moto ke atas, tu la lain kali beli la EX5 hehehehe


Gambar aku di antara puncak2 Banjaran Titiwangsa, memang cantik permandangan kat sini.. sapa2 berminat datang ler hehe















Gambar turun bukit selepas hujan, memang licin dan ada yang tergelincir dan jatuh.. identiti dirahsiakan hehehe..

cukup la setakat ini dulu, jam pun sudah 2.48am, nak tidur sebab esok ada Kursus Asas Pertolongan Cemas kt Ipoh... jadi jom tido...

Wednesday, November 3, 2010

Airport Fire Rescue Services (AFRS)

Assalamualaikum..

sebelum ini pernah juga terbaca mengenai kemalangan di lapangan terbang.. cuma di dalam kepala ingatkan BOMBA yang padamkan.. tapi sekali salah rupanya.. rupa-rupanya airport ada bomba sendiri, nama dia AFRS nasib baik berpeluang tengok sendiri mcmn AFRS ni.. so kat bawah ni aku cerita la sikit ok... kongsi pengalaman ngan semua..

inilah jentera yang menjadi nadi AFRS yang berharga RM 5 juta.. kira merasa la juga aku naik kenderaan 5 juta ni hehehe