Friday, December 31, 2010

Raihah terJATUH

Assalamualaikum wbt...

kali ini aku ingin berkongsi cerita sedih yang telah terjadi kepada Raihah Madeeha, kejadian yang berlaku ini mungkin sebagai peringatan dan mungkin juga dugaan serta qada dan qadar Allah kepada aku sekeluarga untuk diambil pengajaran dan belajar dan terus belajar.. harap2 kemalangan ini tidak terjadi lagi pada masa-masa mendatang aminnn....

di bawah merupakan beberapa keping gambar yang aku ambil selepas kejadian tersebut...


































Raihah telah dijahit bibir atasnya kerana terjatuh dari tangga semasa kami melawat suami sepupu aku meninggal dunia di Manjoi... Alhamdulillah semasa
kejadian tersebut langkah-langkah awal telah di ambil dengan pantas bagi mengelakkan kecederaan bertambah teruk... kami juga telah dibantu oleh anak allahyarham untuk dibawa ke Hospital Ipoh... setelah dijahit bibirnya, Raihah makan dan minum macam biasa... aku juga yang takut huhu.. terima kasih kepada sesiapa yang telah membantu, semoga Allah membalas segala kebaikan kalian...



Monday, December 13, 2010

Pos Kemar (samb...)

anak sungai terakhir yang dilalui sebelum tiba di RPS Pos Kemar.. nasib baik anak sungai ja, kalau sungai lagi tak tau la lepas ka dak... sementara itu, ambil la peluang ni membersihkan apa yang patut...


Berjaya sampai di kampung sudah senja,ingatkan sudah dekat tapi masih jauh huhu.. akhirnya tiba di SK RPS Pos Kemar sudah malam... jadi gambar semasa tiba di sana tak dapat diambil.. harap maaf...
PDF 9381 yang telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik membawa tuannya ke Pos Kemar dengan selamat... terima kasih EX5 ku..

Sempat bergambar dengan Bengkel Motor Joney, Kg Jarau Baru, RPS Kemar.. ok juga la agak bengkel motor, kalau terdesak boleh la baiki di sini tapi harga tak tau la pulak.. kalau murah ok, kalau tak murah terima je la heheh

Bergambar dengan pintu masuk ke SK RPS Kemar sebagai tanda kenangan dan juga bukti aku dah pernah sampai ke Pos Kemar...

Tuesday, November 23, 2010

Ke Pos Kemar

Tahun lepas aku ada ikut satu ekspidisi ke Pos Kemar dari Sungai Siput (U) ikut jalan darat. Pos Kemar boleh juga pergi ikut jalan air... oleh kerana nak juga merasa jalan darat, jadi aku pun ikut la ekspidisi ini.. boleh tahan la juga jalan dia...

Permulaan ekspidisi ini bermula dari SK Pos Poi, lepas isi minyak yang disumbangkan oleh SK Pos Poi perjalanan diteruskan ke SK Pos Piah..

Gambar ini diambil di SK Pos Piah sementara menunggu cikgu2 SK Pos Piah bersiap..











Sungai pertama yang perlu dilepasi, tak pernah sebelum ini merasa seberang sungai naik moto, jadi sekarang merasa la... aku dah di seberang, hidup enjin pulas pelan2 dan kawan2 tulung tolak dari belakang.. nasib baik tak mati enjin kalau tidak abis la moto aku..


Lepas seberang sungai, lalu pulak jalan berbukit.. sapa moto pick-up power boleh la duduk atas moto pulas minyak, sapa moto-moto pekan pick-up tak ada tuntun la moto tu sampai puncak hahaha nasib baik moto aku power!!! hehe

Gambar ini lepas naik bukit, tengah tunggu kawan2 yang menolak moto ke atas, tu la lain kali beli la EX5 hehehehe


Gambar aku di antara puncak2 Banjaran Titiwangsa, memang cantik permandangan kat sini.. sapa2 berminat datang ler hehe















Gambar turun bukit selepas hujan, memang licin dan ada yang tergelincir dan jatuh.. identiti dirahsiakan hehehe..

cukup la setakat ini dulu, jam pun sudah 2.48am, nak tidur sebab esok ada Kursus Asas Pertolongan Cemas kt Ipoh... jadi jom tido...

Wednesday, November 3, 2010

Airport Fire Rescue Services (AFRS)

Assalamualaikum..

sebelum ini pernah juga terbaca mengenai kemalangan di lapangan terbang.. cuma di dalam kepala ingatkan BOMBA yang padamkan.. tapi sekali salah rupanya.. rupa-rupanya airport ada bomba sendiri, nama dia AFRS nasib baik berpeluang tengok sendiri mcmn AFRS ni.. so kat bawah ni aku cerita la sikit ok... kongsi pengalaman ngan semua..

inilah jentera yang menjadi nadi AFRS yang berharga RM 5 juta.. kira merasa la juga aku naik kenderaan 5 juta ni hehehe







Wednesday, October 6, 2010

Inilah kehiDupan

Assalamualaikum....

kehidupan yang dilalui oleh manusia di dunia tidak boleh lari dari tanggungjawap... tanggungjawap memerlukan komitmen yang sangat tinggi.. setiap komitmen yang diberikan mengambil masa... masa merupakan sesuatu yang tetap dan tidak akan berubah-ubah kepada singkat ataupun lama...

dan MASA merupakan kelemahan saya sebagai manusia di dunia ini.. oleh kerana kurang berpengetahuan dan mungkin juga tidak pandai membahagikan masa yang tidak akan berubah itu.. blog ini sudah lama tidak diupdate..

oleh itu saya memohon banyak2 kemaafan kerana kekurangan ini.. diharapkan pada masa hadapan saya dapat meluangkan lebih masa untuk mengupdate blog ini..

akhir kata, semoga bertemu lagi...

Monday, April 19, 2010

Raihah dibedung...

Tengok macam kesian je si Raihah ni kena bedung, sampai tak boleh bergerak langsung.. tapi orang kata, budak2 ni kena dibedungkan sebab nak bagi dia selesa kononnya untuk bagi suasana macam dalam perut ibu... erm sapa boleh buktikan?? aku dah lupa la macam mana aku dalam perut ibu aku dulu, so tak dapat la aku nak sahihkan kata2 ini... apa2 pun alhamduillah Raihah nampak selesa bila dibedung hehe

Saturday, April 3, 2010

Raihah sebelum bercukur rambut

Assalamualaikum...

maaf kepada sesiapa yang pernah meminta atau memohon untuk melihat wajah-wajah Raihah Madeeha binti Mohd Rokani... Bukan sombong atau kedekut untuk berkongsi wajah-wajah yang ceria ini cuma masa tidak mengizinkan untuk berkongsi kegembiraan dengan semua orang... Untuk permulaan aku akan letak gambar dia sikit2 hehe sal nk upload ni ambil masa la.. DIharapkan kawan2 semua dapat bersabar yer..


Ini adalah gambar Raihah Madeeha sebelum rambutnya dicukur.. kiranya masih diawal kelahiran lagi ni hehe.





Wednesday, January 27, 2010

Ayah ambik Madu Lebah

Kisah ayah aku pergi ambik madu lebah kat kebun sawit.. cara ambik tu mungkin buleh diklasifikasikan sebagai TRADISIONAL kut hehe sapa2 yang teringin nk pergi tgk LIVE bleh la gtau aku, tu pun kalau ada lg sarang lebah dijumpai...

Ayah merenung sarang lebah, agak2 brapa ekor le lebah gigit ayah aku nnti hehe

Ini dia sarang lebah yang ayah aku ambik, tapi apakan daya bukan rezeki kami aritu nk merasa madu lebah 'fresh' sebab madu2 tu dh jd sepah huhu tak sempat rasa madu.. Ayah aku terlewat ambil madu disebabkan oleh gangguan kenduri yang tak putus2.. so takde rezeki kali ini.. akan diusaha lagi..

Wednesday, January 13, 2010

Untungnyer orang asli

Helikopter Nuri ni turun khas untuk ambil seorang budak orang asli di Pos Kuala Mu yang sakit..

tgk betapa hebatnya budak tu, heli turun datang ambil kejap then trus terbang balik...





depa dapat layanan ni sebab kemudahan jalan di sini amat teruk, so untuk mengelakkan budak tu lebih parah, jalan terbaik adalah pengangkutan udara.. bila ntah aku nk merasa naik ni huhu